kemanisan bahagia


Assalamualaikum and hye... :)


" adapun orang-orang yang berbahagia maka tempatnya di dalam Syurga,
mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi,
kecuali jika Tuhan mu mnegkehendaki yang lain,
sebagai kurnia yang tiada  putus-putus "



  • tidak selamanya kebahagiaan itu datang, kerana kadangkala  sinar matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang dibawa ketawa, ibarat panas mengandung hujan.
 
  • biasakanlah bersikap jujur dan benar, walaupun di hadapan ada terlihat bahaya. yakinlah bahawa itu bukan bahaya tetapi bahagia. jauhilah sikap pendusta, walaupun anda terlihat bahagia di hadapan, kerana itu bukan bahagia melainkan celaka.

  • dari kesusahan terlihat kebahagiaan. dari tajam duri durian, terlihat isinya yang enak, dari pahitnya kulit manggis, terbenih isinya yang manis.. dari mawar yang penuh duri, terzahir harum baunya.

  • kebahagiaan adalah satu perkara yang abstrak yang tak bisa dilihat mata kasar. tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, tetapi kebahagiaan adalah nikmat kurniaan Allah yang tiada tolok bandingnya.

  • kebahagiaan itu ibarat sebatang pohon yang rendang , tunas-tunasnya adalah jiwa, iman dan amal. Ketakwaan kepada Allah merupakan air , udara, dan cahaya yang menyinari dan membantu pertumbuhannya.

  • kebahagiaan dan ketengan itu adalah titik hembusan dari bayu langit, ditiupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman, yang berhati teguh dan tidak goyah dengan goncangan dan fitrah duniawi.

  • wanita hidup berbahagia dengan kemanisan cinta. sementelah lelaki  mencintai untuk hidup bahagia.

7 comments:

liyana said...

nice entry...
kebahagian tu adelah ketenangan

sweet stalker said...

bahagia..suma orang nak bahagia kan.. huu

t m a said...

nice post lady..
bahagia hendaknya

kim heeruul said...

kesimpulan nye hargai la orang yang tersayang..^^

HAZWAN17 said...

kebahagian yang paling best mendapat redha dan kasih sayang Allah

SyedGraphiX said...

6 orang comel bebel. ehh. saya comel! wakakakkaa

aslann said...

Alhamdulillah...ko dah kembali ke jalan yang benarr...