kualiti jiwa vs kuantiti harta

assalamualaikum.

entry hari ni aku nak share tentang  kualiti jiwa vs kuantiti harta.
tak faham? kalau nak faham baca sampai habis k, bukan baca sekerat-sekarat. =)

salah satu sifat manusia, bila tiba soal kemewahan. kan? 
terlalu bermegah dan sombong dengan kemewahan yang dimiliki, 
walau pada hakikatnya segal ni pinjaman dari Allah semata-mata.

satu lagi sifat manusia ialah tidak pernah mahu bersyukur and mudah alpa bila mata sudah dibayangi dengan kemewahan dan kemegahan.

antara kualiti jiwa dan kuantiti harta. manusia sering alpa, aku tidak terkecuali.  jiwa dibiarkan buruk, dan gelap. badan kereta mewah, jam berkilat sibuk digilap-gilap. Rumah ditukar langsir, dicat baru, kerusi mewah silih berganti.. tapi sayangnya, jiwa berterusan kusam , kelam dengan  mazmumah yang terus2an bermaharajalela.


kita sering menjerit sebab duit tak cukup, bila sekarang dikurniakan rezeki  yang Allah bagi, kita menjerit, berteriak inginkan lebih lagi. adakah esok kita akan berterusan menjerit atas rasa tak puas hati? seharus nya  kita terapkan dalam diri agar matang. jangan dikaburi mata dengan wang ringgit. sesungguhnya kesederhanaan itu penyelamat kita. dah sebaiknya jadilah titik tengah antara boros dan jahil.. iaitu pemurah.



so, kepada diri yang bakhil, keluarkan lah hak orang lain yang kita fikir hak diri seorang. jangan jadi macam "qarun"  yang menganggap kekayaannya kerana kepandaian. . memang betul, mana ade orang yang kaya2 dengan tiba2 tanpa usaha. kita sememangnya yang memerah keringat. tapi dengan tenaga siapa kita ni berusaha? tangan , kaki dan seluruh pancaindera tu datang dari mana. boleh beli ke semua tu dengan duit yang melimpah ruah? tidak akan boleh.. bukan kah semua tu hanya pinjaman. segalanya milik Allah.
sabda Rasulullah : Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas , dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah dia masuk ke dalam tanah (menemui kematian)

Kita sering lupa. segala usaha kita, segala kesenangan yang kita miliki selama ni hanya modal pinjaman. kepada sapa harus kita pulangkan dan bayar? kepada Allah? mungkin tidak . Allah maha Kaya. Allah tidak meminta apa-apa dari hambaNya. jadi, bagaimana nak membayarnya? di situlah peranannya golongan asnaf zakat. kepada mereka lah kita berkongsi kesenangan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. mereka lah golongan dan insan yang berhak ke atas harta Allah yang dipinjamkan kepada kita.


kalau wang boleh menyuburkan kasih sayang, jadikanlah ia tali pengerat persaudaraan. tapi, jangan sekali-kali gunakan wang untuk membeli kasih sayang. Rasulullah pernah bersabda,. sedekah yang terbaik ialah mendahulukan kerabat.. namun, harus diingat, bukan wang yang jadi penyebabnya.. tapi kejujuran. niat ikhlas kita yang ingin menghulurkan bantuan.



" Ya Allah, aku belum sampai ke arah kebaikan dan kesempurnaan itu.. tiada yang sempurna. aku hanya ingin menjadi yang terbaik.. jauh lagi perjalanan ku, namun aku telah mula mengorak langkah. bimbinglah aku ke arah jalan benar -Mu .. amin"

kredit :: i love islam

14 comments:

Cik Aini Lavender's said...

Ermmm..btul2,
setuju sgt..kalo dh kaya wat la amal jariah..x rugi pun sebaliknya Allah tambah lg rezeki jd btambah2 kaya =p

HeNRieTTa JoSe said...

kualiti jiwa itu sangat penting....

chemay said...

sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah bagi.
and tak payah nak berlagak kalau kita dapat lebih dari orang lain.
kann?
suka entry nii!
:)

Asrul "iLham" Sany said...

yg penting hati mau happy... dan tenang

Noraim said...

betul tu. jgn cepat bangga dgn nikmat yg Allah bg. bila2 masa je DIA blh tarik balik.

bersyukurlah dgn apa yg ada skng .

Hafizin Jamil said...

seringkali orang hanyut dengan harta jika kurang peringatan..hehe

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

aik.. belog nampak sangat menarik hati (^___^)

kaya jiwa lebih indah dari kaya harta

aLya maNip said...

smoga hati kita sntiasa dipenuhi dgn sifat2 mahmudah.. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

MaYa MustWany said...

wat pe kaya klu xbahagia..lalala
wat pe kaya tpi lalai dlm duniawi..
acewajhh

Teenager Housemaid said...

amin..

moga kita dapat mempertingkatkan kualiti jiwa kita..:')

Cik Jannah said...

betul. kadang2 kita terlalu sombong nak tunduk pada Dia.

adan said...

perkongsian menarik.. ramai orng kata wang penyumbang kepada kunci kebahagiaan.. tapi belum tentu..! apa yg penting bersyukur dgn nikmat yg ALLAH beri..

[hazwani_mn] said...

Sentiasa bsyukur untuk setiap nikmat yg Allah kurniakan sbb semua nikmat yg Dia bg tak kekal, pinjam smata mata.

Woofer Storm said...

semoga diri sy dijauhkan dari sikap sombong yang cuma memakan diri..

#yadz,tc ye...jga diri bebaik^^